Dr. Khairol Anuar bin Ishak adalah merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM-UUM), Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau memperoleh PhD dalam bidang Pengurusan Pemasaran dalam Bidang Francais pada tahun 2015 daripada USM, MBA dalam dari UUM pada tahun 2002 dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari UUM pada tahun 1996.
Dr. Khairol Anuar bin Ishak adalah merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM-UUM), Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau memperoleh PhD dalam bidang Pengurusan Pemasaran dalam Bidang Francais pada tahun 2015 daripada USM, MBA dalam dari UUM pada tahun 2002 dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari UUM pada tahun 1996. Beliau telah mula berkhidmat sebagai Eksekutif Pentadbiran di Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) selama 2 tahun bermula 1996 – 1998 dan dilantik sebagai Eksekutif Logistik dan Warehouse di Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) selama 6 tahun bermula dari 1998 sehingga 2004. Beliau memulakan tugasnya di UUM sebagai Pensyarah pada bulan Disember 2004 dan dilantik sebagai Pensyarah Kanan pada tahun 2015. Sepanjang berkhidmat di UUM, antara jawatan akademik yang pernah disandang oleh beliau adalah seperti Koordinator (Program Pentadbiran Perniagaan) (2015-2016), ketua jabatan Pentadbiran Perniagaan dan Keusahawanan (2017), dan Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (2018). Beliau juga telah dilantik Felo Kehormat (Hononary Fellow) oleh Association of Professional Managers and Entrepreneurs daripada United Kingdom membawa gelaran FPME (Hons) pada 2022.
Bermula April 2019, beliau telah dipinjamkan ke Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB), sebuah anak syarikat UUM, sebagai Pengurus Eksekutif Strategi Korporat dan Pembangunan Perniagaan. Beliau dengan rakan sepasukan telah berjaya membuat meningkatkan prestasi syarikat dengan peningkatan jumlah kemasukan pelajar program PJJ dan sekaligus meningkatkan keuntungan sebanyak 100% selepas dua tahun berkhidmat.
Sepanjang kerjaya beliau menjadi pensyarah di UUM, selain komited dengan pengajaran dan pembelajaran beliau juga melibatkan diri dengan penyelidikan dan perundingan dalam dua bidang tumpuan iaitu pembangunan manusia (kompetensi) dan sistem maklumat pengurusan. Kepakaran beliau dalam menyusun semula proses perniagaan membolehkan beliau bekerjasama dengan badan-badan luar seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Permodalan Nasional Berhad (PERNAS) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) untuk kerja-kerja perundingan latihan (upskilling dan reskilling) bagi pegawai-pegawai, staf sokongan dan pemegang taruh. Selain perundingan, beliau juga aktif melibatkan diri dengan penyelidikan melalui tiga geran FRGS berjumlah RM162,000 dan lapan geran universiti bernilai RM52,000. Beliau juga aktif menghasilkan penerbitan di jurnal kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang pemasaran, francais dan sistem maklumat pengurusan. Beliau turut dilantik oleh MDeC sebagai salah seorang pelatih di bawah program e-Usahawan dan telah dijemput sebagai perunding yang berkaitan dengan ICT dan pembangunan web dengan Fakulti Pengurusan Perniagaan (SBM) dan Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE). Selain itu, beliau juga adalah merupakan Jurulatih (Certified Trainer) di bawah HRDCorp bermula tahun 2022.