Kenapa Memilih Program PJJ UUM

Breadcrumbs

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) adalah satu bidang pendidikan yang bertumpu kepada memberi pendidikan kepada pelajar yang tidak berada di satu lokasi atau setempat seperti di institusi pengajian tinggi atau IPT. Melalui pembelajaran jarak jauh (PJJ) pelajar dan pengajar berkomunikasi di waktu dan ketika yang berlainan – sesuai dengan masa lapang mereka

Kelebihan Program PJJ UUM

Belajar sambil bekerja bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan pada hari ini. Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), setiap individu berpeluang mengikuti program pengajian ke peringkat pra-siswazah yang dikendalikan oleh Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), UUM. Program ini merupakan satu langkah untuk membantu negara melahirkan pekerja yang proaktif, berpengetahuan dan berkompetensi tinggi. PEMBELAJARAN melalui pengalaman adalah suatu proses pembelajaran yang diperoleh melalui interaksi sesama rakan sekerja sehari-hari. Ia juga boleh diperoleh melalui persekitaran serta latihan yang diikuti secara terancang atau sebaliknya. Pengalaman memberikan satu ilmu bermakna yang dapat mematangkan fikiran dan menajamkan kemahiran dalam melaksanakan tugasan di tempat kerja atau kehidupan seharian. Kebiasaannya, proses pembelajaran melalui pengalaman yang dilalui adalah bersifat praktikal atau langsung. Berikut adalah kelebihan program PJJ 

  1. Boleh belajar sambil bekerja
  2. Memberi gologan muda seperti pelajar dan siswa, mereka boleh mengikuti kursus pilihan mereka di samping pengajian formal di sekolah atau IPT.
  3. Lebih fleksibel
  4. Menjimatkan wang
  5. Tiada had usia.

Universiti Utara Malaysia (UUM), nama yang tidak asing lagi bagi penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. UUM terkenal dengan slogan Universiti Pengurusan Terkemuka. UUM juga terkenal dengan tagline Universiti Di Rimba Hijau kerana kedudukan kampus UUM yang dikelilingi flora dan fauna. Keindahan itu telah menggamit lebih ramai pelajar tempatan dan antarabangsa  untuk menyambungg pelajar di universiti ini. Universiti Utara Malaysia merupakan universiti awam yang keenam ditubuhkan di Malaysia. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984 di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti Utara Malaysia. Dalam tempoh enam bulan fasa pertama siap dan seramai 295 orang pelajar perintis memulakan pengajian di kampus sementara Jitra pada 7 Julai 1984. Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada 8 Januari 1989. Kampus Sintok mula beroperasi pada 15 September 1990. Sejak 1 April 1996, UUM mula menawarkan program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana yang dikelola oleh Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (PACE).

Yuran yang Fleksibel

Pembayaran yuran yang fleksibel kerana pelajar boleh membuat pembayaran secara ansuran, potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembiayaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau tajaan. Bagi ansuran bayaran yuran pengajian adalah tiada had. Pelajar diberi peluang membayar yuran pengajian secara ansuran sehingga tarikh keputusan peperiksaan semester diumumkan. Hal ini sangat beza dengan Universiti lain kerana universiti tersebut hanya memberi tiga (3) kali had ansuran bayaran yuran pengajian. Malah Universiti lain telah menetapkan tarikh tertentu untuk pembayaran yuran pengajian ansuran pertama, kedua dan ketiga.

Program yang menarik

Program pilihan bagi sarjana muda yang ditawarkan oleh PACE UUM juga adalah program yang menjadi pilihan ramai seperti

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian,
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian,
  • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian,
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian,
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian